Ahad, 13 November 2011

MAKASSAR

Selain daripada aktiviti-aktiviti sosial PUPSNITA, aku sesungguhnya sangat suka melancong.  Tak kira dalam atau luar negara.  Itu pun ikut bajet.  Ada rezeki lebih, jauhlah perjalanan, kalau tak pun dalam negeri memadai.

Pada tanggal 4 hingga 7 Jun 2011 yang lepas, saya dan rakan baik, Norsidah Hussin dan beberapa rakan sekerja telah melawat Sulawesi Selatan iaitu Makassar.  Tidak pernah terlintas dihati sebelum ini untuk pergi jauh sehingga ke Makassar, tapi maklumlah kami baru dapat duit bonus dari Felda.

Perjalanan menaiki Air Asia jam 1:30 t/hari dan sampai pada jam 5:30 ptg. Disana Bapak Hashim dan seorang pemandu bernama Pak Adi telah sedia menunggu.  Kami seterusnya dibawa makan malam disebuah restoren makanan laut, dan kemudian check in hotel.

Esoknya selepas sarapan kami dibawa ke sebuah kubu orang Belanda.  Kawasannya sangat besar dan temboknya panjang yang diperbuat dari batu batan dan telor. Lepar itu melawat sebuah perkampungan orang asli yang penuh adat budayanya. Lepas waktu makan tengahari kami semua di bawa melawat muzium dimana terdapat salah silah keturunan Raja Bugis.  Sebelah petang kami pula ke Pantai Losari untuk melihat matahari terbenam.  Sungguh menarik!

Hari Ketiga pula kami meneruskan perjalanan menuju ke Air Terjun Bantimurung.  Perjalanan sangat jauh dan lama lebih 4 jam.  Sesampai disana kami lihat ramai orang berkelah, menjaja dan sebagainya.  Kami berpeleuang mandi manda dimana airnya tersangat sejuk.  Menjelang petang baru kami balik ke bandar
untuk membeli belah.  Berbagai-bagai barang boleh dibeli sebagai buah tangan antaranya kain tenun Makassar.  Coraknya cantik dan harganya boleh tahan.Selepas itu kami ke sebuah restoren masakan Minang untuk makan malam dan balik ke hotel.

Pada hari keempat dan terakhir di Makassar, paginya kami ke Pelabuhan yang sibuk dengan kapal2 keluar dan masuk.  Kemudian kami ke sebuah pergunungan.  Tempatnya jauh , tinggi dan dingin.  Disana terdapat bermacam-macam jenis sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang besar, segar, cantik dan menarik. Kemudian bertolak ke sebuah warung untuk makan tengahari dan terus ke airport. Banyak gambar kenangan yang kami rakamkan di sana.

Semoga kepada sesiapa yang suka melancong, lawatlah Makassar.